Sambutan 7 Hari Mencintaiku (musim 3)

Drama ini tetap mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminatnya walaupun terdapat segelintir penonton yang mengkritik drama ini yang masih memaparkan jalan ceritanya yang hampir sama dengan musim-musim terdahulu.

Selain itu, musim ini memperlihatkan watak-watak seperti watak Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya)[6] dan watak Nurul (lakonan Wafariena Roslan)[7] yang mendapat kecaman daripada peminat dan penonton drama ini. Difahamkan, kebencian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul yang dikatakan hamil anak Pak Samad sehingga sanggup menengking isterinya sendiri iaitu Mia Adriana.

Di samping itu, watak-watak seperti Dr Fatin (lakonan Reen Rahim) dan Taufik (lakonan PU Azman) mendapat perhatian daripada peminat dan penonton drama ini yang menyukai perwatakan mereka yang 'gila-gila' dan bersahaja.

Drama ini terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penontonnya pada setiap episod dan kesemua pelakon kekal memberikan impak besar kepada emosi penonton. Setiap episod drama ini mendapat sambutan hangat dan kerap menjadi sohor kini di media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim-musim terdahulu.

Secara keseluruhannya, jumlah tontonan drama 7 Hari Mencintaiku 3 adalah 10.5 juta tontonan sepanjang 35 episod dan mencapai 1.14 bilion di aplikasi TikTok.

Penarafan

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMAEPISOD AKHIRJUMLAH TONTONANTIKTOKSUMBER
N/AN/A10.5 juta1.14 bilion[8]

Rujukan

WikiPedia: 7 Hari Mencintaiku (musim 3) https://www.hotfm.audio/hotdrama-sah-7-hari-mencin... https://ohmymedia.cc/ini-scam-ke-peminat-drama-7-h... https://www.instagram.com/p/Cd8bffxDA2c/%7Ctitle= https://www.iq.com/album/7-hari-mencintaiku-3-2022... https://www.myinfotaip.com/2022/01/7-hari-mencinta... https://www.bharian.com.my/amp/hiburan/selebriti/2... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.kosmo.com.my/2022/05/20/satu-malaysia-... https://www.kosmo.com.my/2022/05/21/wafariena-teri...